fbpx

‘Pelakon badan berbau di set, memang perit saya tahan nafas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon baharu, Harissa Adlyn berdepan dengan situasi kurang enak apabila terpaksa menahan nafas akibat pelakon gandingannya mempunyai masalah badan dan mulut berbau.

Menurut Harissa atau nama lengkapnya Harissa Adlyn Abdul Halim, 22, sebagai seorang pelakon, kebersihan diri harus diutamakan terutamanya apabila bekerja dengan orang lain.

“Saya sendiri akan pastikan saya sentiasa berbau wangi atau tiada bau yang kurang menyenangkan. Bila di set saya akan tanya kru atau pelakon jika ada bau kurang enak daripada saya, beritahu saya.

“Bila kita berlakon, kadang-kadang kedudukan kita dengan pelakon lain sangat dekat. Jadi bila badan berbau, memang perit nak kena tahan nafas.

“Bila berlakon ‘outdoor’ lagilah ketiak berpeluh. Penting untuk pastikan sentiasa pakai deodoran agar bau badan tidak mengganggu orang lain,” katanya ketika ditemui pada sidang media All Star Award 2025.

Tambah pelakon drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu itu lagi, biarpun terpaksa berdepan situasi kurang selesa, tetapi dia tidak berani untuk menegur secara terang-terangan.

“Ada yang beritahu saya agar saya berterus terang sahaja. Tetapi saya tak sampai hati. Cuma nasihat saya selepas ini sentiasalah jaga kebersihan diri. Kalau ‘shooting’ dalam rumah, boleh sahaja tumpang mandi untuk bersihkan diri,” jelasnya.

Gara-gara menghadapi situasi kurang selesa itu juga menjadi asbab untuk Harissa mengeluarkan minyak wangi jenamanya sendiri.

“Saya sudah jumpa dengan ramai orang. Bukan pelakon sahaja, tetapi orang lain pun ada juga yang mempunyai masalah badan berbau.

“Jadi saya hasilkan minyak wangi yang tahan lama. Tetapi tak guna juga jika pakai minyak wangi yang tahan lama sekalipun sekiranya kita tidak menjaga kebersihan diri. Kena selalu mandi agar tubuh sentiasa bersih,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Harissa kini sibuk menjalani penggambaran drama 40 episod di bawah arahan Michael Ang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI