fbpx
SKUAD muda negara perlu mempersiapkan mental dan fizikal terbaik untuk berdepan provokasi penyokong Indonesia pada aksi malam ini. - FAM

Misi hidup mati’ skuad B-23 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Nafuzi Zain mahu para pemainnya mengabaikan apa yang bakal dilihat di stadium menjelang aksi derbi antara Malaysia dan Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan A Piala Asean B-23 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini.

Mengakui sikap fanatik yang ada pada penyokong tuan rumah, Nafuzi menjelaskan anak buahnya tidak boleh terperangkap dengan sorakan penyokong Indonesia sebaliknya harus bersedia daripada pelbagai aspek bagi berdepan sebarang kemungkinan.

“Kita tahu perlawanan Indonesia dan Malaysia sentiasa ditunggu-tunggu di mana kedua-dua penyokong begitu teruja. Saya sendiri tahu cabaran ini agak sukar terutamanya untuk menentang pasukan tuan rumah dan di depan ribuan penyokong lawan.

“Saya akui Indonesia adalah calon untuk memenangi kejohanan ini, tetapi kita tidak boleh mengaku kalah kerana kita perlu menang untuk layak. Jadi, kami kena betul-betul bersedia untuk hadapi Indonesia yang cukup kuat.

“Semua orang tahu penyokong Indonesia cukup luar biasa. Saya kena sediakan mental dan fizikal pemain untuk membolehkan kami mampu bermain dengan yakin walaupun di depan penyokong yang ramai. Kami kena serap tekanan dan main seperti dirancang,” katanya.

Ketika ini, Indonesia hanya satu mata saja lagi untuk mengesahkan status sebagai juara Kumpulan A, namun pengendali Garuda, Gerald Vanenburg sedang berada dalam situasi sukar ekoran masalah kecederaan pemain.

Berdasarkan format pertandingan, tiga juara setiapp kumpulan dan satu naib juara terbaik akan melangkah ke separuh akhir.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI