fbpx
Ganbar hiasan - Kredit Janaan AI

Melaka teliti garis panduan bedung bayi di taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kerajaan negeri akan meneliti semula garis panduan penjagaan bayi termasuk larangan membedung bayi berusia lebih empat bulan di taman asuhan kanak-kanak (taska).

Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka, Datuk Kalsom Noordin berkata, penelitian itu penting bagi mengelakkan perkara tidak diingini berulang susulan kejadian seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut di taska disyaki lemas tertiarap, minggu lalu.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung amalan berkenaan terhadap bayi berusia lebih empat bulan.

“Kita akan berbincang adakah sahih (patut) atau tidak patut seorang bayi itu dibedung, tadi saya sempat bertemu seorang doktor dan mengatakan tidak wajar (dibedung).

“Jika bayi di bawah usia empat bulan tidak mengapa, tetapi lebih dari itu tidak digalakkan. Para pengasuh mungkin akan diberi advokasi (amalan bedung) selepas ini,” katanya pada sidang akhbar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri Ayer Keroh di sini, hari ini.

KALSOM bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar Sidang DUN Melaka di Seri Negeri di Ayer Keroh, Melaka. – Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

Minggu lalu, Kosmo! melaporkan, seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia di sebuah taska di Padang Temu dipercayai akibat lemas selepas mangsa yang dibedung ditemui tertiarap atas tilam.

Sementara itu, mengenai kes penderaan di Melaka, Kalsom berkata, terdapat penurunan ketara pada tahun ini dengan satu kes direkodkan setakat Jun lalu berbanding lima kes bagi tempoh sama pada 2024. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN