fbpx
Rakaman percakapan diambil di Balai Polis Kg. Melayu Subang, Selangor hari ini.

Lagi hantaran jelik sentuh Institusi Diraja di Facebook disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap satu lagi komen berunsur jelik melampau yang dimuat naik oleh seorang individu di Facebook, melibatkan Institusi Diraja dalam isu pelantikan Ketua Hakim Negara.

MCMC dalam kenyataan berkata, bagi membantu siasatan, individu terbabit telah dipanggil memberi keterangan hari ini di Balai Polis Kampung Melayu Subang, Selangor.

“Turut disita, satu unit telefon bimbit dan satu kad SIM bagi membantu siasatan,” kata MCMC.

Menurut MCMC, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

MCMC menyeru orang ramai agar sentiasa menggunakan platform media sosial secara beretika, berhemah dan bertanggungjawab

“Elakkan penyebaran kandungan jelik melampau, hasutan atau fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman negara, khususnya yang melibatkan institusi diraja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN