fbpx
Stesen ECRL Pasir Puteh yang kini sedang dalam proses pembinaan.

Jajaran ECRL perlu diteruskan ke Rantau Panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan mencadangkan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diteruskan hingga ke Rantau Panjang dan bukan lagi ke jajaran asal iaitu di Tumpat.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, jajaran baharu itu bagi memastikan cadangan tersebut selari dan lebih signifikan dengan cadangan yang telah dipersetujui antara kerajaan Malaysia dan Thailand.

Katanya, langkah itu untuk menghidupkan semula laluan kereta api sedia ada antara Pasir Mas di Kelantan dan Sungai Golok di bawah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang akan menyambung semula rangkaian kereta api antara kedua-dua negara hingga ke Bangkok, Thailand

“Perkara itu (jajaran baharu ke Rantau Panjang) seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

“Ia masih di peringkat kajian di pihak Malaysia Rail Link (MRL) dan Kementerian Pengangkutan bagi menyambung laluan CERL dari Kota Bharu ke Rantau Panjang,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohd. Adanan Hassan (Pas- Kelaboran) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mohamed Fadzli memberitahu, kerajaan negeri juga telah merangka perancangan strategik bagi memastikan pembangunan di sekitar jajaran projek ECRL dapat dimanfaatkan sepenuhnya khususnya dalam sektor industri perkilangan dan pembuatan yang berpotensi melonjakkan ekonomi di negeri ini.

Katanya, perancangan utama yang sedang dilaksanakan ketika adalah pembangunan berasaskan Cargo Oriented Development (COD) di Stesen Pasir Puteh yang dilihat mampu menarik bukan sahaja pelaburan swasta dan luar negara. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI