fbpx
Selepas Oyen, kini Apoh pula meraih populariti daripada orang ramai di Zoo Negara.

Harimau ‘kembang’ atasi populariti Oyen di Zoo Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas seekor kucing yang digelar Oyen meraih populariti sehingga secara rasminya diberi ‘penempatan tetap’ di Zoo Negara, kini tumpuan beralih kepada seekor harimau kumbang pula.

Haiwan berkenaan mula mendapat perhatian orang ramai kerana memiliki bentuk badan yang sangat sihat sehingga ada yang menggelarkannya sebagai harimau ‘kembang’.

Menerusi perkongsian Zoo Negara di media sosial, harimau kumbang yang diberi nama Apoh itu genap berusia 15 tahun, baru-baru ini.

“Apoh kelihatan agak ‘chonky’ tetapi jangan risau! Penjaga zoo dan doktor haiwan kami yang berdedikasi memerhatikannya dan memastikan dia mendapat penjagaan yang terbaik.

“Kami amat menghargai semua keprihatinan dan sokongan anda untuk membantu haiwan kami kekal dalam keadaan baik,” tulis Zoo Negara pada kapsyen bersama gambar Apoh.

Rata-rata orang ramai menzahirkan ‘keterujaan’ dengan kehadiran Apoh selain haiwan itu dikatakan tidak kelihatan ganas seperti harimau kumbang yang biasa dilihat, sebelum ni.

“Selamat hari jadi Apoh. Semoga sentiasa sihat dan gembira untuk menghiburkan para pengunjung,” ucap @linaazalinanarawi.

“Ni bukan Apoh tapi Apom. Selamat hari lahir Apom,” komen @feer4_4reef.

“Seminggu cuti sekolah duduk dengan nenek macam ni la,” seloroh netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN