fbpx
SAINZ memiliki pengalaman luas dalam saingan F1 dan mampu membantu Williams untuk kembali muncul sebagai pencabar. - AFP

F1: Williams mampu kembali bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GROVE – Legenda Formula Satu (F1), Nigel Mansell percaya Williams masih berpeluang bangkit sebagai pencabar utama, namun memberi amaran harapan itu boleh berkecai bila-bila masa jika pasukan terus gagal memanfaatkan peluang.

Selepas bergelut musim lalu, skuad yang pernah digeruni era 90-an itu menunjukkan kebangkitan mendadak musim ini apabila melonjak ke tangga kelima keseluruhan kedudukan pengeluar, hasil kombinasi pelumba berpengalaman, Alex Albon dan Carlos Sainz.

Menurut Mansell, momentum itu bukan sekadar kebetulan, tetapi hasil perubahan besar dalam struktur dalaman pasukan, diketuai James Vowles bersama sokongan pemilik, Dorilton Capital.

Turut menjadi pemangkin adalah penyertaan Sainz, pemenang empat perlumbaan Grand Prix serta tajaan baharu daripada syarikat teknologi Atlassian yang membantu Williams keluar daripada bayangan kelam tangga kesembilan musim lalu.

Namun, bagi juara dunia 1992 itu, memiliki kepantasan dan dana sahaja tidak mencukupi jika pasukan tidak mampu konsisten sepanjang musim yang melibatkan 24 pusingan perlumbaan penuh tekanan.

“Tak ada sebab mereka tak boleh bangkit sekarang. Mereka ada dana, ada kepimpinan yang bagus. Yang penting, jangan leka,” katanya.

Mansell turut memberi amaran keras susulan prestasi tidak menentu sebelum separuh musim apabila Williams sekadar mengutip lima mata dalam empat perlumbaan terakhir iaitu satu petanda bahaya jika tidak ditangani segera.

“Mereka ada kelajuan. Tapi F1 bukan tentang laju saja, ini tentang konsistensi. Musim ini ada 24 perlumbaan, satu silap kecil pun boleh hancurkan segalanya. Tak ramai pasukan yang boleh elak kesilapan setiap minggu,” tegasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI