fbpx
DUA staf TNB melecur akibat terkena renjatan elektrik selepas sebuah stesen pencawang meletup dan terbakar di Pangsapuri Rumpun Bahagia, Melaka, hari ini.

Dua pekerja melecur stesen pencawang meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Dua pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) melecur akibat terkena renjatan elektrik selepas sebuah stesen pencawang meletup dan terbakar di Pangsapuri Rumpun Bahagia, Jalan Bachang, di sini tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa yang masing-masing berusia 30-an dikejarkan ke hospital menaiki ambulans hospital.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Ismail Harun berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.38 pagi dan sepasukan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi bersama-sama tiga buah jentera.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati berlaku letupan dan kebakaran di stesen pencawang TNB yang mengakibatkan dua pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan terkena renjatan elektrik.

“Kedua-dua mangsa mengalami melecur dan dikejarkan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerja-kerja memadam kebakaran telah dilakukan dan operasi dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 10.47 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI