fbpx
Lokasi kejadian kanak-kanak lemas di kolam sebuah rumah inap di Taman Kota Syahbandar.

[VIDEO] Budak 7 tahun lemas meninggal dunia selepas 16 jam bertarung nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan lemas ketika mandi-manda di kolam sebuah rumah inap di Taman Kota Syahbandar semalam disahkan meninggal dunia selepas 16 jam bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (PICU) Hospital Melaka.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh bapa mangsa menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.

Ujarnya, jenazah anaknya itu akan dibawa pulang ke Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor untuk disemadikan.

“Doakan cahaya mata kami ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman. Allah lebih sayangkannya, mohon doa semua sahabat permudahkan urusan kami.

“Jika tiada halangan jenazah akan dibawa pulang ke Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor untuk dikebumikan di sana,” tulisnya.

Kosmo! semalam melaporkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menerima panggilan kecemasan berhubung kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun lemas ketika mandi-manda di kolam sebuah rumah inap di Taman Kota Syahbandar pada pukul 9.45 pagi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Mohd. Zahery Mohd. Zailani berkata, setiba di lokasi, bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) telah diberikan kepada mangsa, namun kanak-kanak itu masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee kemudian mengesahkan mangsa dimasukkan ke PICU Hospital Melaka dan bergantung kepada bantuan alat pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN