fbpx

Wanita 71 tahun maut dirempuh Mazda CX-8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Demak EX 90 yang terlibat dalam kemalamgan maut meragut nyawa Muginah di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bahru berhampiran Kampung Rawa, Besut hari ini.

BESUT – Seorang wanita warga emas maut selepas motosikal jenis Demak EX 90 yang ditunggang dirempuh kenderaan utiliti sukan Mazda CX-8 di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Paya R\awa di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 7.35 pagi itu, mangsa, Muginah Suradi, 71, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md. Saleh berkata, sewaktu kejadian, motosikal ditunggangi mangsa dikatakan tiba-tiba keluar simpang untuk menyeberangi jalan.

“Sebuah kenderaan Mazda CX-8 dari arah Kampung Raja di sini gagal mengelak lalu merempuh motosikal mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Md. Sani berkata, rempuhan itu menyebabkan Muginah dan motosikalnya tercampak ke atas jalan.

Beliau berkata, pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan wanita warga emas tersebut sudah meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI