fbpx

Ulang-alik hospital, mungkin gastrik atau benda lain – Ezzanie Jasny

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kesihatan merosot teruk, Ezzanie kini dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

PETALING JAYA – Bertarung dengan masalah kesihatan yang semakin membimbangkan, pelakon Ezzanie Jasny berkongsi terpaksa berulang-alik ke hospital kebelakangan ini.

Menurut pemilik nama lengkap Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, dia kerap mengalami simptom serangan gastrik dan perlu mendapatkan rawatan kecemasan berulang kali.

“Bulan ini memang sangat mencabar, banyak kali kena serangan gastrik. Mungkin gastrik atau mungkin juga sesuatu yang lain.

“Masuk kecemasan pun dah tak terkira. Tak tahu dah berapa kali ulang-alik hospital dan hari ini (semalam), sejujurnya yang paling teruk setakat ini. Semoga tiada apa-apa yang serius,” katanya menerusi hantaran di Insta Story.

Pelakon drama Layang Layang Perkahwinan itu turut memohon doa orang ramai agar kesihatannya kembali pulih dan segala rawatan berjalan lancar.

Nama Ezzanie kini meniti di bibir orang ramai apabila membintangi drama Dia Bukan Syurga bersama Niezam Zaidi dan Nazim Othman, yang baru sahaja melabuhkan tirai pada 10 Julai lalu.

Karya arahan Rashid Sibir yang memaparkan kisah seorang wanita berusaha keluar daripada hubungan toksik meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN