fbpx

‘Sister Hong’ dicekup selepas berasmara dengan lebih 1,000 lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jiao memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai wanita. - Weibo

BEIJING – Seorang lelaki di China sanggup menyamar sebagai wanita untuk menjalinkan hubungan intim dengan 1,691 lelaki dan merakam aksi itu secara rahsia sebelum menjual adegan tersebut secara online, lapor portal berita National World. 

Lelaki dengan nama keluarga Jiao atau lebih dikenali sebagai ‘Sister Hong’, 38, memperdaya mangsa dengan berpura-pura menjadi janda yang ingin mencari cinta.

Penipuan selama tiga tahun itu terbongkar selepas polis melakukan serbuan di rumah sewanya, 5 Julai lalu. 

Antara barang dirampas termasuk rambut palsu, payudara silikon, enam telefon bimbit, video lucah dan buku nota mengandungi nama semua mangsanya. 

“Suspek tidak mengenakan bayaran wang tunai, sebaliknya menerima ‘hadiah’ seperti minyak masak, susu atau buah-buahan. 

“Pertemuan antara mangsa akan mengikut sistem penjadualan yang teliti bagi mengelakkan sebarang pertindihan,” kata polis. 

Jiao akan bangun setiap pukul 5 pagi (waktu tempatan) untuk bersolek, memakai rambut palsu dan pakaian wanita, demikian menurut media tempatan. 

Beberapa mangsa cuba mendapatkan keadilan selepas mengetahui kandungan intim mereka dirakam secara rahsia dan tersebar di media sosial. 

Pihak berkuasa sedang menganalisis data telefon milik suspek untuk tindakan lanjut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI