fbpx

Penggunaan tali pinggang keledar diperluas babit bas IPT, sekolah asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy Fadly (dua dari kiri) menyampaikan replika lesen B2 kepada peserta Program MyLesen peringkat Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Bas milik institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah berasrama penuh akan menjadi tumpuan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula Ogos ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya akan bekerjasama erat dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan bagi melakukan pemeriksaan secara berperingkat ke atas bas yang dimiliki institusi tersebut.

Katanya, pemeriksaan itu melibatkan pasukan teknikal dan anggota penguat kuasa JPJ negeri yang ditugaskan bagi memastikan pematuhan pemakaian tali pinggang keledar oleh penumpang.

“Kebanyakan IPT dan sekolah berasrama penuh mempunyai kenderaan sendiri, namun kita mahu pastikan bas yang mereka selenggara juga memenuhi spesifikasi ditetapkan dan pemandu mematuhi undang-undang sedia ada.

“Kita tidak mahu fokus penguatkuasaan hanya tertumpu kepada bas ekspres atau bas persiaran semata-mata,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen (B2) peringkat Pahang 2025, di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 940 peserta berjaya menamatkan latihan dan ujian lesen memandu di bawah Program MyLesen B2 di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Aedy Fadly berkata, JPJ tidak akan berkompromi sekiranya terdapat peserta Program MyLesen B2 melanggar undang-undang jalan raya khususnya aktiviti merempit dengan lesen mereka mungkin digantung atau dibatalkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI