fbpx

Pemandu e-hailing, penumpang warga Singapura maut, langgar belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis trafik aliran trafik terkawal susulan kemalangan di Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu e-hailing dan penumpang maut selepas kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 9, Jalan Johor Bahru–Air Hitam, di sini pagi tadi.

Dalam nahas pukul 11.27 pagi itu, pemandu kereta cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, ketika kejadian kereta dipandu lelaki tempatan berusia 48 tahun itu dalam perjalanan menuju ke arah Skudai.

Sebaik tiba di lokasi, kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang lori jenis Mitsubishi Fuso menyebabkan pemandunya maut.

“Penumpang kereta lelaki warga Singapura berusia 27 tahun turut parah dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Balveer Singh berkata, pemandu lori, lelaki tempatan berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI