fbpx

Marahkan pelanggan, pekerja ludah dalam burger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Nikita meludah pada burger pelanggan. - VNExpress

MOSCOW – Seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Russia menerima kecaman orang ramai selepas dirakam meludah pada makanan pelanggan sebagai cara untuk membalas dendam, lapor portal berita VNExpress. 

Kejadian dirakam di restoran Tasty Dots dekat bandar Rostov, 14 Julai lalu. 

Rakaman video kejadian di media sosial menunjukkan pekerja dikenali sebagai Nikita itu sedang menyediakan dua biji burger sebelum meludah ke atas salah satu pati daging.

Dia kemudian mengambil sudu dan meratakan air ludahnya sebelum meletakkan sekeping keju untuk menyembunyikan perbuatan tersebut.

Nikita berbuat demikian selepas bertengkar dengan seorang pelanggan ketika menerima pesanan, menyebabkan dia tidak berpuas hati. 

Rakaman itu tular dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial. 

Restoran Tasty Dot menyatakan, Nikita telah diberhentikan kerana tindakannya sama sekali tidak konsisten dengan nilai teras syarikat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI