fbpx

Kereta rempuh pengunjung kelab malam, 30 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menjalankan siasatan di luar kelab malam Vermont Hollywood, Los Angeles semalam. - AFP

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Sekurang-kurangnya 30 orang cedera apabila sebuah kereta merempuh orang awam berhampiran sebuah kelab malam di negeri California, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Kejadian berlaku seitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) di luar kelab malam Vermont Hollywood,  Santa Monica Boulevard, daerah Los Angeles. 

Tujuh mangsa kritikal, manakala enam lagi cedera parah, demikian menurut Jabatan Bomba Los Angeles (LAFD). 

“Kebanyakan mangsa adalah wanita yang sedang beratur untuk memasuki kelab. 

“Kenderaan terbabit turut melanggar gerai menjual taco dan podium valet sebelum merempuh orang ramai,” kata Ketua LAFD, Adam van Gerpen. 

Rakaman video kejadian menunjukkan mangsa bergelimpangan terbaring di atas jalan berhampiran sebuah kereta berwarna kelabu yang remuk. 

Polis berkata, pemandu terbabit diserang oleh orang ramai sebelum ditembak. 

“Suspek kekal di tempat kejadian sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan. Keadaannya masih belum diketahui. 

“Dia dipercayai tidak sedarkan diri semasa memandu lalu merempuh gerai taco dan pengunjung kelab yang sedang berbaris,” tambah polis.

Siasatan masih giat dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI