fbpx

Dah dapat lelaki baik, minta cerai pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen selepas membuat pengakuan meminta dilepaskan walaupun dilayan dengan baik oleh suami.

Menerusi satu perkongsian di laman X, wanita itu mendedahkan dia tidak lagi mempunyai perasaan cinta terhadap suaminya dan tidak mahu terus menipu diri sendiri serta pasangannya.

“Malam tadi aku deeptalk dengan suami sampai ke subuh. Aku jujur dengan dia yang aku dah hilang perasaan sayang dan cinta dekat dia. Aku cakap aku tak nak menipu diri sendiri dan dia.

“Aku kesiankan dia sebenarnya, dia layan aku terlalu baik tapi aku layan dia macam sampah. Aku rasa aku tak layak dapat layanan macam tu daripada dia. Aku tak ada orang lain, cuma aku sendiri yang tak faham dengan diri aku,” tulisnya.

Perkongsian wanita tersebut.

Tambahnya, dia meminta supaya dilepaskan bagi memberi ruang mencari jawapan dalam diri, selain menyatakan mungkin hanya selepas kehilangan tersebut, barulah individu itu akan menghargai kehadiran seseorang dalam hidupnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam wanita tersebut kerana dianggap tidak bersyukur memiliki pasangan yang baik dan setia.

“Realiti…dia dah ada lelaki lain…apa yang dia cakap tu semua untuk jadikan alasan. Cuma yang dia dah tak ada hati tu je yang boleh percaya,” kata Rosli Ali.

“Mana ada ‘hilang cinta’ mengaku jelah memang tak pernah ada pun,” komen Izzat Ilmin.

“Alasan tak masuk akal.. ada suami yang sempurna, yang ramai wanita luar sana cari dan dambakan lelaki sedemikian, kau pula tidak tahu bersyukur,” ujar HairulAzeem Jimmy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI