fbpx
Rampasan yang dibuat menerusi pemeriksaan oleh pegawai dan anggota Cawangan Risik Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu ke atas sebuah kontena di tepi jalan berhampiran Kompleks Bebas Cukai Jalan Baru Sadao, Padang Besar, Jumaat lalu.

2,646 karton kaki ayam dirampas, tak sempat seludup ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 2,646 karton kotak mengandungi kaki ayam sejuk beku yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran pada Jumaat lalu.

Rampasan itu dibuat menerusi pemeriksaan oleh pegawai dan anggota Cawangan Risik Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu ke atas sebuah kontena di tepi jalan berhampiran Kompleks Bebas Cukai Jalan Baru Sadao, Padang Besar, di sini.

Komander Bridged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, sewaktu kejadian, pihak terlibat didapati sedang menurunkan barangan dari kontena itu ke dua buah trak pikap yang didapati bernombor pendaftaran Thailand.

“Pemeriksaan ini dilakukan hasil maklumat yang diperolehi dan ketika kejadian, pihak berkenaan sedang menurunkan barangan ke dalam pikap Thailand itu.

“Siasatan lanjut telah membawa kepada penemuan 2,646 karton kotak yang di dalamnya mengandungi kaki ayam sejuk beku,” katanya.

Mengulas lanjut, Shahrum berkata, menerusi semakan, jumlah rampasan keseluruhan adalah bernilai kira-kira RM1.42 juta meliputi 2,646 karton kaki ayam, sebuah lori kontena dan dua buah pikap jenama Hilux.

Katanya, pemandu lori warga tempatan berusia 42 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI