fbpx

Titah Adendum: Kita nak tengok kesudahan baik untuk Datuk Seri Najib – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menegaskan, sudah menjadi hasrat UMNO untuk melihat kesudahan yang baik buat Najib.

REMBAU – Pertemuan 160 ketua bahagian UMNO seluruh negara malam semalam disifatkan sebagai satu pertemuan yang baik dan tanda kesepaduan antara ahli dalam parti, tegas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Malah Mohamad menegaskan, sudah menjadi hasrat UMNO untuk melihat kesudahan yang baik buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun menurut beliau yang juga Menteri Luar, pertemuan malam semalam tidak membabitkan ketua bahagian yang terdiri daripada pimpinan tertinggi termasuklah dirinya.

“Saya tak ada sana, sebab rasanya ketua-ketua bahagian itu berkumpul, dia tak memanggil ahli pentadbiran dalam ketua bahagian yang dalam pentadbiran.

“Saya cuma dapat tahu apa yang dilaporkan dalam media sosial dan akhbar bahawa mereka mendesak supaya Titah Adendum ini dikuatkuasakan dan minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menyelesaikannya.

“Dengar khabarnya Perdana Menteri akan berjumpa dengan kepimpinan UMNO untuk berbincang tapi dalam masa yang sama kes ini masih dalam mahkamah. Biarlah mahkamah selesaikan dulu,” katanya kepada pemberita selepas ditemui sempena Majlis Setulus Kasih PTPTN, di Dewan Agora, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI