fbpx
DR. HAZIMIN (dua, kiri) meneliti pemeriksaan ke atas beberapa barangan keperluan harian di sebuah pasar raya sekitar Durian Tunggal, Alor Gajah, semalam.-AMRAN ALI /KOSMO!

Syarikat tipu pengguna jual harga sama tetapi kuantiti sedikit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Beberapa buah syarikat dikesan memperdayakan pengguna apabila mengambil kesempatan mengecilkan kuantiti produk sebanyak 10 peratus, namun mengekalkan harga asal.

Taktik itu terbongkar hasil pelaksanaan Op Kesan 4.0 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka di sebuah pasar raya sekitar Durian Tunggal, di sini, semalam.

Pengarahnya, Dr. Mohd Hazimin Jamaludin berkata, walaupun tiada peningkatan harga dikesan secara langsung, pengurangan kandungan bungkusan tanpa perubahan harga dianggap satu bentuk manipulasi.

“Apa yang berlaku, mereka tidak naikkan harga tetapi kecilkan kuantiti, contohnya, dulu pek 1,000 gram, sekarang hanya 900 gram, pek 500 gram kini tinggal 400 gram, tetapi harga masih kekal sama.

“Perkara ini kita anggap satu bentuk manipulasi pengguna. Jika rasa tertipu, orang ramai boleh terus buat aduan kepada KPDN Melaka melalui WhatsApp ke talian 019-8488000,” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sekiranya didapati keuntungan yang diperoleh syarikat berkenaan tidak munasabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN