fbpx

Remaja maut EX5 langgar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
[10:47 am, 19/07/2025] +60 14-649 4974: Remaja maut EX5 langgar lori Oleh FARAHWAHIDA AHMAD TANGKAK – Seorang remaja maut selepas motosikal Honda EX5 ditunggang melanggar sebuah lori di Kilometer 166.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di sini awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Roslan Mohd Talib berkata, dalam kejadian pada pukul 1.25 pagi itu melibatkan mangsa lelaki berusia 15 tahun. "Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal terlanggar lori sedang bergerak di laluannya. "Akibat kemalangan tersebut penunggang terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya dalam satu kenyataan di sini. Roslan berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara tiga bulan atau kedua-duanya. “Pihak polis meminta pemandu dan pemilik lori terlibat supaya tampil untuk membantu siasatan,”katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Faszrulhaq Zulkapli 012-2306943 bagi melengkapkan siasatan.-KOSMO! ONLINE Habis/// [10:48 am, 19/07/2025] +60 14-649 4974: SEORANG remaja maut selepas melanggar belakang lori dalam kemalangan di Kilometer 166.1 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, dekat Tangkak awal pagi semalam.

TANGKAK – Seorang remaja maut selepas motosikal Honda EX5 ditunggang melanggar sebuah lori di Kilometer 166.1 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Roslan Mohd Talib berkata, dalam kejadian pada pukul 1.25 pagi itu melibatkan mangsa lelaki berusia 15 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal terlanggar lori sedang bergerak di laluannya.

“Akibat kemalangan tersebut penunggang terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Roslan, pihaknya meminta pemandu dan pemilik lori terlibat supaya tampil untuk membantu siasatan

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Faszrulhaq Zulkapli 012-2306943 bagi melengkapkan siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI