fbpx

Rakyat Perak dinasihat tidak sertai Himpunan Turun Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani melakukan gimik mengetuk Gong pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Beruas di Dewan lnderawati Beruas. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

 

BERUAS – Rakyat Perak dinasihatkan tidak menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 26 Julai ini kerana ia bukan kaedah terbaik dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan negara ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tindakan menyertai demonstrasi itu bukan sahaja tidak mendatangkan sebarang hasil malah dikhuatiri mencetuskan kekacauan sekali gus memberi implikasi buruk kepada pelabur.

“Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau ada mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak boleh ditumbangkan melalui demontrasi. Kita mengamalkan demokrasi berparlimen bermakna rakyat boleh memilih kerajaan baharu pada pilihan raya umum. Kita tak boleh tiru negara lain, kalau kita mulakan ini, siapa-siapa pun jadi Perdana Menteri atau kerajaan selepas ini, mana-mana rakyat yang tidak setuju, mereka akan berarak hari-hari.

“Ini bukanlah satu proses demokrasi yang baik. Selain menimbulkan hiruk-pikuk, ia juga akan menyebabkan pelabur lari. Jadi orang Perak, saya nasihatkan tidak perlu pergi 26 Julai ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Beruas di Dewan Inderawati, di sini hari ini.

Menurut Saarani, tujuan sebenar perhimpunan itu juga tidak lagi relevan kerana sebelum ini, ia kononnya dianjurkan berikutan isu pelantikan Ketua Hakim Negara sedangkan pelantikan baharu telah pun selesai dilakukan.

Dalam pada itu beliau berkata, jika benar matlamat himpunan adalah untuk mendesak perubahan kepimpinan, rakyat perlu sedar hakikat bahawa tiada gabungan lain yang mempunyai majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI