fbpx

Pemaju perumahan perlu sediakan kemudahan asas – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Projek Pembangunan Rumah Bakat Madani SkyWorld Pearlmont di Seberang Jaya hari ini.

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemaju supaya menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas yang lengkap antaranya sekolah serta pusat jagaan harian supaya rakyat dapat hidup dengan lebih selesa.

Beliau berkata, kerajaan bersedia untuk meluluskan projek perumahan dengan lebih cepat sekiranya keperluan asas terbabit dipenuhi.

“Bila anak sekolah dan prasekolah, (dari segi) pengangkutan (kos) boleh jimat, ibu bapa bekerja boleh fokus pada kerja. Kadang kala ibu bapa lewat ke tempat kerja kerana perlu hantar anak jauh ke sekolah. Sebab itu kita fikirkan satu konsep moden yang komprehensif.

“Seperti semua (projek perumahan) di Kuala Lumpur sekarang, saya syaratkan begini (infrastruktur lengkap) dan kita akan beri kelulusan segera. Kalau buat rumah tapi sekolah jauh, buat apa?” katanya di Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Projek Pembangunan Rumah Bakat Madani SkyWorld Pearlmont di sini hari ini.

Anwar berkata pelaksanaan projek secara komprehensif yang dilaksanakan pemaju membabitkan syarikat besar merupakan pendekatan terbaik berbanding kaedah tender berasingan yang boleh mengakibatkan kelewatan.

“Projek pembinaan perumahan begini akan jauh lebih murah kalau kita serah kepada pemaju…kalau tidak, perlu buat tender lain untuk sekolah dan lepas itu nanti lewat pula. Sekarang kerajaan akan luluskan projek pembinaan rumah yang komprehensif. Itulah maksud sebenar Madani,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI