fbpx

Pekerja syarikat minyak dan gas korban baharu air terjun Lubuk Kain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan mengangkat mayat Muhammad Asri yang mati lemas di Lubuk Kain, Hulu Dungun hari ini.

DUNGUN – Kegembiraan empat sahabat berkelah di kawasan air terjun di Lubuk Kain, Kampung Shukor, Hulu Dungun di sini hari ini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat lemas.

Mangsa, Muhammad Asri Anuar, 21, tidak timbul setelah bertindak terjun ke dalam air terjun tersebut pada pukul 12 tengah hari sebelum mayat pekerja sebuah syarikat minyak dan gas di Kerteh tersebut ditemui penduduk kampung di dasar kawasan air terjun berkenaan pada pukul 1.40 tengah hari.

Seorang penduduk, Zakaria Mahusin, 68, berkata, dia dan seorang pemuda kampung lain bergegas memberi bantuan setelah rakan-rakan mangsa memaklumkan insiden lemas berkenaan kepada mereka.

“Mayat mangsa ditemui selepas kami beberapa kali menyelam ke dalam dasar air terjun tersebut. Lokasi yang mangsa dan rakan-rakan mandi ini sebenarnya tidak selamat dan terdapat papan peringatan telah dipasang di kawasan tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan kejadian serta memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI