PUTRAJAYA- Lebih 10,000 hadir pada program Malaysia Bermunajat 2025 yang berlangsung di Masjid Putra di sini malam ini.
Program diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba kira-kira pukul 8.45 malam.
Sejurus tiba, Perdana Menteri bersama hadirin yang hadir menunaikan solat Isyak berjemaah dan solat sunat hajat.
Pada program sama, Perdana Menteri turut berucap dan meluncurkan inisiatif Halaqah Ilmu Madani iaitu satu gagasan baharu yang bakal memacu pengembangan ilmu secara tersusun dan inklusif di seluruh negara.
Seterusnya, Perdana Menteri turut menerima resolusi Muzakarah Umara’ dan Ulama’ Pondok Kebangsaan 2025 (UMRAN) – KOSMO! ONLINE