fbpx

Kucing Prabowo Subianto dikawal polis pengiring 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kucing kesayangan Prabowo dikawal ketat oleh polis ketika menghadiri sebuah acara. - TikTok

JAKARTA – Seekor kucing kesayangan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengundang perhatian pengguna media sosial apabila kucing tersebut dikawal ketat oleh polis ketika menghadiri sebuah acara, lapor portal berita Detik semalam. 

Kucing comel itu dikenali sebagai Bobby Kertanegara. 

Rakaman video di platform TikTok oleh akaun @a.haay menunjukkan Bobby tiba di sebuah acara dengan menaiki kereta sorong bayi baru-baru ini. 

Meskipun hanya seekor kucing, ia dijaga dan dikawal ketat oleh beberapa anggota polis. 

Sebilangan netizen mempertikaikan mengapa kucing kesayangan Prabowo mendapat pengawalan ketat dari polis dan menganggap tindakan tersebut membazirkan dana negara. 

Wakil Menteri Setiausaha Negara, Juri Ardiantor menjelaskan bahawa pengawalan itu bukan sahaja diberikan kepada Prabowo. 

“Bukan hanya Presiden, tetapi aset dan properti milik beliau termasuk Bobby menjadi tanggungjawab kami untuk dijaga,” tambah Juri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI