fbpx

Kempen buli satu jenayah perlu digerakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sudah tiba masanya gerakan bersepadu membanteras budaya buli dan menyemarakkan kempen buli satu jenayah perlu digerakkan di semua peringkat.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, hukuman tegas dan keras tanpa mengira sesiapa pun, mesti dilaksanakan agar mesej jelas bahawa tiada lagi toleransi, kompromi atau meremehkan sebarang bentuk buli sama ada fizikal, mental, lisan mahupun siber.

“Bahkan budaya toleransi terhadap buli yang dianggap satu bentuk gurauan yang biasa dalam kehidupan berasrama mesti dihentikan.

“Pada masa sama, usaha pembenterasan dan pencegahan secara total mesti digerakkan secara bersepadu melibatkan semua pihak termasuk guru, warden, pentadbir, ibu bapa dan pelajar,” katanya pada hantaran Facebook.

Beliau berkata demikian susulan tragedi kematian seorang pelajar perempuan tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Sabah yang dikaitkan dengan buli.

Asyraf Wajdi berkata, penyemaian nilai rahmah (kasih sayang) dan ihsan (empati) yang tinggi mesti digerakkan agar menjadi budaya teras dalam pembentukan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Terdahulu, seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah agama di Papar dipercayai menjadi mangsa buli maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sekolah tersebut.

Mangsa meninggal dunia pada malam Khamis ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI