fbpx
MBEUMO kekal menjadi sasaran utama United biarpun proses rundingan bersama Brentford sukar selepas dua bidaan sebelum ini ditolak. - AFP

EPL: Brentford sukarkan hasrat United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester United terus dipaksa bekerja keras untuk mendapatkan pemain buruan mereka, Bryan Mbeumo apabila sudah hampir 50 hari berurusan tanpa sebarang persetujuan yang dimuktamadkan.

Perkembangan terbaharu menyaksikan United terpaksa melancarkan bidaan ketiga bernilai £70 juta (RM398.22 juta) melibatkan struktur pembayaran tunai sebanyak £65 juta (RM369.77 juta) dengan tambahan £5 juta (RM28.44 juta).

United masih yakin bahawa mereka mampu mendapatkan khidmat Mbeumo dan menyelesaikan urusan perpindahan tersebut sebelum skuad kendalian Rubin Amorim itu berlepas ke Amerika Syarikat pada Selasa depan untuk aksi pramusim.

The Red Devils ketika ini turut dikaitkan dengan perpindahan pemain Chelsea, Nicolas Jackson dan penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez, namun mereka menjadikan Mbeumo sebagai keutamaan.

Pemain berusia 25 tahun itu berjaya meledak 20 gol sepanjang saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu menyebabkan kelibatnya diburu oleh beberapa kelab lain termasuk Tottenham Hotspur yang kini dibimbing bekas pengurusnya, Thomas Frank.

Musim lalu, Amorim mengakui bahawa punca utama kegagalan skuad kendaliannya adalah kerana ketumpulan jentera serangan apabila United sekadar meledak 44 gol sekali gus menjadi rekod terburuk kelab itu sejak kempen musim 1973/74.

United setakat ini hanya berjaya mendapatkan khidmat dua pemain, Matheus Cunha dan Diego Leon selain mereka juga masih gagal untuk menjual mana-mana pemain biarpun sudah menyenaraikan nama yang mahu dilepaskan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI