fbpx

3 warga China dicekup kes pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Polis menahan tiga lelaki warga China selepas disyaki terlibat kes pecah rumah di Kuala Perlis, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek berusia 38 hingga 54 tahun itu ditahan orang awam kira-kira pukul 10.10 malam selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah di Taman Bukit Kubu Fasa 2, Kuala Perlis.

“Mereka dipercayai telah memecah masuk sebuah rumah di situ. Siasatan awal mendapati pintu belakang rumah diumpil manakala rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan terdapat lelaki memecah masuk rumah itu.

“Suspek kemudian didapati melarikan barang kemas bernilai RM1,200, wang tunai kira-kira RM2,500 di dalam peti besi dan wang tunai RM357 di dalam laci almari,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati suspek memiliki barangan milik mangsa termasuk wang tunai dan barangan kemas.

“Mereka dipercayai baru seminggu memasuki negara ini atas tujuan mencari pekerjaan dan dikatakan ditawarkan bekerja sebagai tukang masak, namun masih belum sempat berurusan dengan mana-mana majikan.

“Permohonan reman ke atas ketiga-tiga suspek dibenarkan oleh Majistret Nor Shahida Abdul Rahim selama enam hari bermula hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI