fbpx

Wan Ahmad Farid dilantik Ketua Hakim Negara baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Hakim Negara baharu, Wan Ahmad Farid.

PUTRAJAYA – Teka- teki kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara akhirnya terjawab apabila Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

Menerusi kenyataan media oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia, Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan diadakan pada 28 Julai ini di Istana Negara.

“Dimaklumkan bahawa berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan,” kata kenyataan itu sebentar tadi.

Sementara itu bagi jawatan Presiden Mahkamah Rayuan ia akan diisi oleh Hakim Datuk Abu Bakar Jais, manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi akan menggalas tugas sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak menggantikan hakim yang bakal bersara.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak menghormati proses pelantikan Ketua Hakim Negara kerana ia tertakluk kepada Perlembagaan.

Anwar berkata, proses pelantikan Ketua Hakim Negara dibentuk dalam Perlembagaan dan juga bidang kuasa masing-masing.

Pada 1 Julai lalu, bekas Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak pada hari terakhir beliau berkhidmat sebagai hakim tertinggi negara di Mahkamah Persekutuan.

Tengku Maimun menyampaikan ucapan terima kasih itu bagi mewakili dirinya dan seorang lagi hakim Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang turut bersara wajib. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI