fbpx

‘Dah macam troli pasar raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian pengguna TikTok.

PETALING JAYA – Sebuah video yang memaparkan bas persiaran bergerak dalam keadaan senget seperti troli pasar raya telah tular di media sosial sejak semalam.

Video yang dimuat naik pengguna TikTok @panda_merah5 pada Selasa lalu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen mengenai tahap keselamatan kenderaan berat di jalan raya.

Video berdurasi 28 saat itu memaparkan bas berkenaan bergerak di atas lebuh raya dengan keadaan tidak selamat, malah ia turut dilihat memotong beberapa kenderaan lain.

Rata-rata netizen terkejut melihat keadaan bas tersebut selain meminta berkuasa mengambil tindakan segera susulan penularan video berkenaan.

“Dah macam troli bergerak. Ngeri tengok bila dia potong kenderaan lain. Mohon tindakan segera,” komen @Rose99.

“Tidur salah bantal ke ni?,” seloroh Gmah Hazimah.

“Yang begini pun lepas ada atas jalan raya, siapakah yang salah? Kalau jadi apa-apa siapa pula yang patut disalahkan?,” soal Natasya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI