fbpx

[VIDEO] ‘Buaya yang ini tak akan lukakan hati wanita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkkan penampakkan seekor buaya di sungai bersebelahan Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Penampakan seekor buaya yang kelihatan bersahaja ‘melepak’ di atas longgokan sampah di sebatang sungai bersebelahan Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur mencuri perhatian dalam kalangan netizen.

Haiwan reptilia itu dirakam menerusi satu hantaran video di TikTok milik pengguna @Braderudang yang memaparkan buaya tersebut bergerak perlahan sambil di kelilingi sisa sarap.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berseloroh dengan pelbagai reaksi menggelikan hati berhubung penemuan ‘tetamu tidak diundang’ itu.

“Buaya yang ini, pasti tidak pernah dan tidak akan melukakan hati wanita-wanita di dunia,” seloroh @Nnhafyzannazln.

“Macam mana boleh sesat ke situ… cuba-cuba nak hidup di darat ke sekarang,” komen @Epet89.

“Tempat hari-hari lalu, selalu tengok tak ada pula, ini bagus bukti dia memang ada kat situ,” kata Syah. – KOSMO! ONLINE

@braderudang Penampakan seekor buaya di sungai bersebelahan jalan syed putra. Detail lokasi dihujung video. #buaya #kualalumpur ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI