fbpx

Trump hidap penyakit urat kronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEBAM dan kaki Trump bengkak sejak akhir-akhir ini. - Foto AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump disahkan menghidap penyakit urat kronik selepas mengalami bengkak di kaki dan lebam di tangan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Menurut White House, Trump yang berusia 79 tahun mengalami kekurangan vena yang kronik.

Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt berkata, Trump menjalani ujian kesihatan selepas beliau mengalami bengkak ringan di bahagian bawah kaki sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Ketika membaca nota daripada doktor Trump, Kapten Sean Barbabella, Leavitt berkata: “Presiden menjalani pemeriksaan menyeluruh, termasuk kajian vaskular diagnostik.” 

“Ultrabunyi doppler vena dan memperbaharui kekurangan vena kronik dilakukan tetapi keadaannya adalah tidak berbahaya, terutamanya pada individu yang berumur lebih 70 tahun,” tambahnya.

Keputusan ujian makmal Trump menunjukkan tiada tanda-tanda kegagalan jantung, kerosakan buah pinggang atau penyakit sistemik, katanya.

Leavitt berkata, Trump mempunyai kesihatan yang sangat baik secara keseluruhan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI