fbpx

Tak faham bahasa, pendakwaan lelaki Pakistan ‘sentuh’ budak ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa anggota polis ke Mahkamah Sesyen, Shah Alam, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

SHAH ALAM – Pendakwaan seorang lelaki warga Pakistan yang disyaki meliwat kanak-kanak dan remaja ditangguhkan akibat ketiadaan jurubahasa Urdu hari ini.

Dua Mahkamah Sesyen di sini, memutuskan demikian selepas suspek berusia 24 tahun tidak memahami bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebelum pertuduhan dibacakan.

Prosiding kes melibatkan kesalahan liwat, amang seksual dan rompak itu disebut di hadapan Hakim Norazlin Othman serta Rasyihah Ghazali.

Suspek yang berpakaian kurta putih sepatutnya menghadapi empat pertuduhan masing-masing tiga kes seksual dan satu kes rompak.

Mahkamah menetapkan 23 Julai depan bagi membacakan semua pertuduhan dan tempoh reman suspek dilanjutkan sementara menunggu kehadiran jurubahasa Urdu.

Dalam pada itu, Mahkamah Majistret di sini, turut menangguhkan pendakwaan ke atas lelaki berkenaan berkaitan kes menetap lebih masa di negara ini. Atas faktor sama, Majistret Mastura Khamis menetapkan sebutan semula kes pada 1 Ogos depan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin, Roshaira Rosli dan Nurul Akhilah Rosmi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI