fbpx

Rampas 11 tan dadah bernilai RM300 juta di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara Hussein (kiri) kepada Mohd. Zaini pada majlis tersebut di Shah Alam hari ini. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

SHAH ALAM – Polis Selangor berjaya merampas sejumlah 11 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM300 juta sepanjang tahun 2023 hingga 2024.

Bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia merupakan salah satu kejayaan terbesar dicapai dalam usaha membanteras dadah di negeri ini.

Katanya, secara pecahannya sebanyak 5.2 tan dadah bernilai RM155 juta dirampas pada tahun 2023.

“Pada tahun lalu, kontinjen polis negeri ini berjaya merampas sejumlah 5.8 tan dadah bernilai RM145 juta

“Keseluruhan jumlah dadah ini mampu menghasilkan 22.11 juta dos dadah sekiranya ia terlepas ke jalanan,” katanya ketika berucap hari ini.

Terdahulu, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid menyaksikan majlis serah terima tugas antara Hussein kepada Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan yang memangku jawatan Ketua Polis Selangor.

Penyerahan tersebut susulan Hussein yang akan menggalas tugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berkuat kuasa 21 Julai depan.

Dalam pada itu, kata Hussein, sebanyak 14,846 kes jenayah komersial berjaya diselesaikan dalam tempoh sama yang melibatkan
kerugian berjumlah RM1.19 bilion. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI