fbpx

Qabil buru podium di Navarra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QABIL

PELUMBA muda negara, Qabil Irfan Azlan berazam untuk meneruskan rentak cemerlangnya dalam aksi Pusingan 4 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Litar Navarra, Sepanyol hujung minggu ini.

Berbekalkan kelebihan 43 mata di persada kejuaraan, Qabil mahu memanfaatkan sepenuhnya prestasi semasanya di litar yang dianggap sebagai salah satu kegemarannya.

Pelumba pasukan Frando Racing VHC Team Liqui Moly itu tiba di Navarra dengan rekod yang memberangsangkan di litar sepanjang 4.313 kilometer tersebut apabila meraih podium tempat kedua dan ketiga.

Justeru, pelumba kelahiran Terengganu itu mahu menjadikan kenenangan tersebut sebagai pembakar semangat untuk sekali lagi memburu podium.

“Minggu ini adalah perlumbaan Pusingan 4 ESBK dan ini merupakan salah satu litar kegemaran saya.

“Navarra merupakan litar yang teknikal dengan zon brek keras dan chicane yang saya gemari. Saya juga telah membuat persiapan termasuk menjalani latihan di atas jentera NSF di Litar Sepang.

“Insya-Allah, jika ada rezeki, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk kembali ke podium minggu ini,” katanya.

Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin meluahkan keyakinan terhadap keupayaan Qabil untuk terus menyerlah.

Beliau menyifatkan Litar Navarra sangat serasi dengan gaya tunggangan pelumba muda itu dan berharap momentum kemenangan dapat diteruskan.

“Qabil telah menunjukkan prestasi yang sangat konsisten sepanjang musim dan harapan saya agar dia dapat mengekalkan momentum tersebut serta berusaha untuk berada di podium dan mencatat kemenangan minggu ini,” ujar Zulfahmi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI