fbpx

Polis tidak tolak kemungkinan panggil semula Amy Search

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amy Search

KUALA LUMPUR – Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula penyanyi rock legenda, Amy Search bagi dirakam keterangan berhubung siasatan kes serangan verbal terhadap penyanyi terkenal, Shila Amzah.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, tindakan itu akan bergantung kepada keperluan siasatan semasa, memandangkan satu laporan polis telah dibuat oleh Amy atau nama sebenarnya Datuk Suhaimi Abdul Rahman.

“Setakat ini, kita telah merakam keterangan daripada empat individu dan beberapa lagi saksi akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Kelmarin, polis memaklumkan kertas siasatan membabitkan kes itu sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) Putrajaya untuk kajian lanjut.

Pihak polis kini menunggu arahan dan keputusan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, kertas siasatan kes berkenaan sudah diserahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) Kuala Lumpur untuk tindakan susulan sebelum dirujuk ke AGC Putrajaya.

Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes itu mencuri perhatian ramai selepas Shila Amzah membuat laporan polis, mendakwa dirinya diserang secara lisan oleh seorang artis legenda ketika sesi latihan konsert.

Insiden itu turut dikongsikan menerusi Instagram Story miliknya, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat dan warga industri hiburan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI