fbpx

Polis siasat punca pelajar jatuh bangunan asrama sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PAPAR – Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian seorang pelajar perempuan yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang dipercayai akibat terjatuh dari bangunan asrama di sebuah sekolah agama di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, mangsa yang ditemui kira-kira pukul 3 pagi itu dipercayai terjatuh dari bangunan sebelum ditemui.

“Kita menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 8.16 pagi. Mangsa berusia 13 tahun terbabit adalah penghuni asrama sebuah sekolah menengah di daerah ini.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun remaja perempuan berkenaan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari, semalam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Kamaruddin memaklumkan siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan termasuk meneliti semua aspek yang dipercayai terlibat.

“Oleh itu, kita meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan menghormati privasi serta perasaan keluarga mangsa yang sedang berduka. Bagaimana pun, polis menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, kejadian pelajar perempuan berasal dari Sipitang itu tular selepas berita mengenainya dikongsikan di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI