fbpx

Penduduk Israel ‘terasa’, mahu boikot filem Superman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail James Gunn (kanan) semasa tayangan filen terbaharu Superman. - Foto AFP

WASHINGTON – Filem terbaharu Superman arahan James Gunn mencetuskan kontroversi kerana memaparkan adegan tertentu yang dianggap pro-Palestin, lapor laman berita Al Bawaba kelmarin.

Dalam filem itu, terdapat adegan yang menggambarkan adiwira tersebut berjuang untuk melindungi orang awam yang tidak bersalah daripada tentera pendudukan disokong oleh Amerika Syarikat (AS). 

Adegan itu mencetuskan perdebatan meluas di media sosial.

Netizen dan aktivis pro-Palestin menyatakan persamaan adegan itu dengan pencerobohan Israel yang berterusan ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. 

Namun, penduduk Israel menyeru agar Superman diboikot dan menyifatkan filem itu sebagai propaganda pro-Hamas dan saluran televisyen Al Jazeera.

Seorang pengguna media sosial menulis di platform X: “Saya sepatutnya mahu menonton filem Superman baharu tetapi memutuskan untuk tidak menontonnya.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI