fbpx

Pembantu penguat kuasa SWCorp maut kereta bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kereta dinaikinya bertembun dengan sebuah lori di Kilometer 64 Jalan Temerloh-Melati di Bera hari ini.

BERA – Seorang pembantu penguat kuasa Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang dikatakan mengambil cuti untuk pulang ke kampung maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 64 Jalan Temerloh-Melati di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa Jeffry Juhari Jemadi, 40, dikatakan tercampak keluar daripada kenderaan sebelum ditindih kereta jenis Perodua Ativa yang dipandunya.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata semasa kejadian mangsa dalam perjalan dari arah Temerloh menghala ke Melati di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori yang dalam perjalanan dari arah Melati menghala ke Temerloh.

“Akibat kejadian mangsa telah tercampak keluar dan mengalami kecederaan parah di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bera untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan berselekoh dan semasa kejadian permukaan jalan kering serta cuaca baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI