fbpx

Pemandu cedera lori ‘tipper’ rempuh batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori 'tipper' yang terbabas dan melanggar longokkan batu di Sungai Bakap, hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga Indonesia cedera selepas lori ‘tipper’ yang dia pandu terbabas sebelum melanggar longgokan batu di kawasan kuari di Jalan Lima Kongsi 5, Sungai Bakap di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pukul 9.04 pagi.

“Kami menerima maklumat terdapat seorang orang mangsa lelaki yang merupakan pemandu lori berusia 25 tahun cedera, namun telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan.

“Pasukan kemudiannya bertindak melakukan pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum kes diserahkan kepada pihak polis yang turut berada di lokasi kejadian untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau memberitahu, operasi menyelamat selesai sepenuhnya pukul 9.47 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI