fbpx

Pelancong China pilih Malaysia berbanding Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail seorang pelancong asing berswafoto di sebuah pantai di Phuket. - Foto AFP

BANGKOK – Jumlah pelancong China yang datang ke Malaysia naik mendadak berbanding Thailand yang merosot teruk dalam suku pertama tahun ini, lapor laman berita Nation Thailand semalam.

Pada suku pertama 2025, Malaysia menerima kedatangan 1.12 juta pelancong China, meningkat 22 peratus dari tahun ke tahun.

Dalam tempoh sama, Thailand menerima 1.3 juta pelawat China, tetapi ia menunjukkan penurunan mendadak sebanyak 32.71 peratus berbanding tahun sebelumnya. 

Sebab utama penurunan itu adalah kerana pelancong China berasa tidak selamat berada di Thailand. 

Insiden jenayah berprofil tinggi seperti tembakan di pusat beli-belah dan penculikan pelancong China telah menimbulkan perasaan bimbang yang meluas di media sosial negara itu.

Malaysia sebaliknya, berjaya memupuk rasa yakin dan selesa untuk pelancong China.

Negara itu mempunyai maklumat pelancongan dalam bahasa Cina. Selain itu, persepsi tentang bandar pelancongan yang lebih selamat, mudah diakses serta mesra menyebabkan pelancong China gemar datang ke Malaysia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI