fbpx

Nahas UPSI: Bas dipandu cecah 117.6 km/j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bas membawa pelajar UPSI yang terlibat kemalangan di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat dekat Tasik Banding, Gerik baru-baru ini.

PETALING JAYA – Bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Jun lalu didapati dipandu hampir dua kali ganda melebihi had laju yang ditetapkan.

Laporan Awal Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), mendedahkan hasil analisis visual daripada rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan awam di lokasi, pihaknya mendapati kelajuan purata bas semasa kejadian dianggarkan 117.6 kilometer per jam (km/j).

“Kelajuan ini melebihi kelajuan kritikal untuk terbalik (111.3-114.5 km/j) yang telah ditentukan melalui analisis teknikal sebelumnya.

“Had laju bagi laluan ini ialah 60 km/j dan oleh itu, bas telah bergerak hampir dua kali ganda melebihi had laju yang ditetapkan,” jelas laporan tersebut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 15 maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas membawa pelajar UPSI dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di Gerik, 9 Jun lalu.

Difahamkan, ketika kejadian bas tersebut dalam perjalanan pulang ke kampus UPSI Tanjung Malim dari Jerteh, Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI