PETALING JAYA – Seorang ‘rider’ (penghantar barangan) Grab mengeluh apabila terpaksa meredah ‘hutan’ semata-mata untuk menghantar pesanan pelanggan.
Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Madie_sun69, lelaki itu berkongsi keadaan laluan tersebut yang penuh mencabar sebelum tiba ke lokasi penerima.
“Hantar barang sampai dalam hutan, apa ni… aduh, kalau malam-malam macam ni, mati lah nak,” katanya dalam video berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib ‘rider’ tersebut malah berkongsi pengalaman serupa.
“Pernah Waze suruh aku masuk ladang kelapa sawit, siap kena redah sungai. Rumah orang tu seberang sungai… ingat aku bawa sampan ke?” kata seorang pengguna.
“Kalau aku, tak masuk dah. Mesti fikir rumah bunian kat dalam tu… seram betul jalan nak masuk,” seloroh Naddya.
“Aku tinggal je barang depan semak tu, ambil sendiri la bang,” komen Nanisa. – KOSMO! ONLINE
@madie_sun69 Betape sshnye ride grab mencari rezeki😅 #fyp ♬ original sound – madie