fbpx

Lori kontena muatan bahan kimia terbalik di Kesas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori kontena membawa bahan kimia yang terbalik di Kesas, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Seorang pemandu lori kontena cedera selepas kenderaan membawa muatan bahan kimia itu terbabas dan terbalik di Kilometer 29.6 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) di sini, hari ini.

Kejadian itu turut mengakibatkan berlaku tumpahan bahan berkenaan di permukaan lebuh raya kawasan tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.25 pagi.

Jelasnya, sepasukan 14 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam terlibat dalam operasi itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lori itu membawa muatan sulfur, calcium carbonate dan titanium oxide berbentuk cecair dalam 10 tangki berkapasiti 1,000 liter.

“Bahan kimia itu telah tumpah di dalam kontena dan mengalir ke permukaan jalan utama KESAS,” katanya.

Tambah Ahmad, pemandu lori itu berjaya diselamatkan orang awam dan hanya mengalami cedera ringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI