fbpx

Lelaki Mesir dicekup guna pasport palsu di pejabat imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki Mesir yang ditahan selepas menggunakan pasport palsu di Bahagian Visa, Pas dan Permit Kompleks Imigresen Kelantan, Kota Bharu semalam. -Foto IMIGRESEN

KOTA BHARU – Seorang lelaki warga Mesir dicekup selepas didapati menggunakan pasport palsu semasa memohon lanjutan Pas Lawatan Jangka Panjang di Bahagian Visa, Pas dan Permit Kompleks Imigresen Kelantan di sini semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan berkata, semakan pasport Mesir yang dikemukakan oleh lelaki berusia 28 tahun semasa di kaunter untuk memohon lanjutan pas pasangan kepada warganegara didapati sudah tinggal lebih masa melebihi dua tahun.

Menurutnya, suspek juga mengemukakan satu pasport yang baharu, namun sama dengan nombor pasportnya yang lama.

“Lelaki itu kemudian dicekup selepas disyaki mengemukakan pasport Mesir yang palsu.

“Suspek ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (1) (a) Akta Pasport 1966,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI