fbpx

Lelaki gersang buat aksi jelik tepi jalan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki yang melakukan onani sambil menyaksikan video di tepi jalan hadapan sebuah pasaraya di Batu 4, Kluang ditahan polis semalam.

KLUANG – Tindakan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh sambil menyaksikan video di tepi jalan hadapan sebuah pasar raya di Jalan Batu 4, membawa padah apabila ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pukul 4.22 petang selepas video perbuatan tersebut tular.

Katanya, siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada pukul 4.16 petang semalam membabitkan seorang lelaki yang melakukan perbuatan tidak sopan di lokasi awam berkenaan.

“Susulan laporan diterima, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang berjaya membuat tangkapan terhadap suspek

“Lelaki warga tempatan berusia 55 tahun yang juga seorang duda itu ditahan di tepi Jalan Besar Mersing pukul 5 petang pada hari sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil semakan katanya, mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah, namun saringan ujian air kencing menunjukkan keputusan negatif dadah.

Kes itu katanya, disiasat bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran. Mereka juga boleh menghubungi IPD Kluang 07-7784222/07-7784256 (direct line), 07-7766822 (hotline) atau 014-3656822 (tablet DCC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI