fbpx

KPM beri kerjasama penuh siasatan kes pelajar jatuh tingkat tiga sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADHLINA

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan kes seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah agama di Papar, Sabah meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sekolah tersebut.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah juga telah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga termasuk dalam aspek sokongan psikososial.

*Saya dan pengurusan tertinggi kementerian telah menziarahi keluarga di hospital bagi memastikan semua keperluan untuk disediakan dan kebajikan keluarga terpelihara.

“Pada waktu ini kejadian sedang berada dalam siasatan pihak polis. Saya menyeru masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi pada waktu ini yang mungkin boleh menganggu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Papar yang dipercayai menjadi mangsa buli dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sekolah tersebut.

Pelajar berkenaan disahkan meninggal dunia pada malam Khamis ketika sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I)

Dalam pada itu, Fadhlina meminta orang ramai menghormari privasi keluarga dan memberi ruang sepenuhnya kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Tindakan sewajarnya akan diambil berdasar kepada hasil siasatan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI