fbpx

‘Kepada pembenci Zara, saya tidak akan memaafkan kamu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zara.

PETALING JAYA – “Selagi kamu belum memohon maaf dan mengaku, saya tidak akan memaafkan apa yang kamu buat pada anak saya”.

Demikian luahan ibu kepada pelajar tingkatan satu yang dipercayai menjadi mangsa buli, Zara Qairina Mahathir, 13, dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, semalam.

Menerusi perkongsiannya di media sosial, wanita tersebut turut menuntut agar individu yang didakwa membuli anaknya tampil memohon maaf secara terbuka.

“Kepada pembenci-pembenci anak saya, mungkin kamu sudah berpuas hati melihat keadaan ini.

“Ingat, selagi kamu belum memohon maaf dan mengaku, saya tidak akan memaafkan kamu. Saya juga tahu nama setiap pelaku kerana Zara sering menyebutnya,” katanya menerusi hantaran tersebut, malam tadi.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Papar yang dipercayai menjadi mangsa buli dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sekolah tersebut.

Pelajar berkenaan disahkan meninggal dunia pada malam Khamis ketika sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu, Sabah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI