fbpx

[KEMASKINI] 16 pelajar, murid cedera van sekolah terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZNAN (tengah) melawat salah seorang pelajar yang terlibat dalam kejadian van sekolah terbalik yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seramai 16 pelajar sekolah menengah dan enam murid sekolah rendah selepas van sekolah dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan di Jalan Abdul Samad di sini pagi hari ini.

Difahamkan dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, van sekolah terbabit dalam perjalanan menghantar murid dan pelajar ke sekolah sebelum dipercayai terlanggar lubang utiliti atau ‘manhole’ yang tidak bertutup di laluan terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, kejadian itu melibatkan 10 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khaled dan enam murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Yahya Awal.

Jelasnya, kesemua mangsa mengalami kecederaan termasuk patah tangan dan jari.

“Insiden ini amat menyentuh hati, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan keselamatan anak-anak kita yang masih di bangku sekolah.

“Saya mendapatkan perkembangan terkini daripada pihak hospital dan pihak sekolah mengenai keadaan mangsa serta memberikan jaminan bahawa semua murid yang terlibat akan menerima rawatan dan pemantauan kesihatan terbaik.

“Pihak berkuasa juga sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden ini bagi memastikan punca sebenar dikenal pasti dan tindakan sewajarnya diambil demi menjamin keselamatan pelajar pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular gambar dan video kejadian van sekolah terbalik selepas melanggar lubang manhole di laluan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI